Madrasah Diniyah Darul Istiqomah
Parit No.17, Desa Senyerang, Jambi Indonesia. Ingin turut sama menyumbang dalam pembinaan madrasah tersebut? Hubungi hamdolok_jr2001@yahoo.com.sg. Maklumat lanjut sila klik di sini.
Anjung Tamu
Located near Parit Raja town center, this homestay gives you an unforgetable experience with your family. Kindly contact +6013-7779700 (Hj. Amin) / +6013-7229700 (Hjh. Norza). Click here.
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
Tuesday, June 11, 2019
Saturday, July 25, 2015
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H
Kami, warga AnakSaleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin diatas segala kesilapan perbuatan dan tuturkata kepada semua.
Semoga segala amalan disepanjang Ramadhan tahun ini diterima oleh Allah dan mendapat keberkatan.
** Ni je yang ada tahun ni, yang lain kena giliran beraya rumah mertua masing-masing.
Friday, August 22, 2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H
Komuniti AnakSaleh ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, minal Eidil wal Faizin kepada semua. Admin mewakili keseluruhan anggota keluarga memohon ampun dan maaf diatas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku sekiranya ada kepada semua, sama ada dengan sengaja atau tidak.
Friday, August 24, 2012
Selamat Hari Raya EidulFitri 1433H
Sambutan Hari Raya kali ini agak meriah kerana hampir keseluruhan ahli dapat dikumpulkan kecuali Nadhar yang buat kali pertamanya beraya dirumah mertua. Kami mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya EidulFitri kepada semua.
Mengambil sempena cuti yang agak panjang untuk mengadakan AGM kali pertama bagi pembentukan satu entiti pengurusan yang lebih formal komuniti anaksaleh. Kerangka penentuan dasar dan polisi penubuhan turut diperbincangkan.
Thursday, September 1, 2011
Aidilfitri 2011
Ramadhan tiba juga dibatas perpisahan
air mata ku gugur saatku lambai ia di lembayung senja
harapan bercampur ragu ku selit dalam setiap doa
mohon diterima amalan biar terkumpul segala rahmat
di Lailatul Qadar, malam terbaik seribu bulan.
Senja yang berlabuh pun terus mengamit Syawal
bibirku tak kering menyebut kalimah memujimu
takbir dari hamba-hambaMU bergema seluruh semesta
tak puas lagi aku sujud menyembah padaMu Ya Allah!!
dengan limpah izinMu, Syawal ku peluk dengan syukur.
Ramadhan yang pergi dan Syawal yang tiba
Wednesday, September 29, 2010
Aidilfitri 1431 (part 1)
Disekitar sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431. Bersempena dengan ini, kami warga komuniti anaksaleh memohon kemaafan jika ada kesilapan dan menyinggung sesiapa yang melayari blog ini secara sengaja atau tidak. Photoshoot kali ini dilakukan didalam rumah kerana hujan yang mencurah-curah turun tidak membolehkan kami berposing sakan diluar.








