Madrasah Diniyah Darul Istiqomah

Parit No.17, Desa Senyerang, Jambi Indonesia. Ingin turut sama menyumbang dalam pembinaan madrasah tersebut? Hubungi hamdolok_jr2001@yahoo.com.sg. Maklumat lanjut sila klik di sini.

Anjung Tamu

Located near Parit Raja town center, this homestay gives you an unforgetable experience with your family. Kindly contact +6013-7779700 (Hj. Amin) / +6013-7229700 (Hjh. Norza). Click here.

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Sunday, December 30, 2007

Memori Lama (Part 4)

Gambar raya tahun bila ye..? Siapa tukang ambil gambar ni..??


Macam robot... Heheheh...


Sayangnya dia kat adik dia tu... Hehehe..

Wednesday, December 26, 2007

satu kelas..??

Bakal satu kelas ke geng-geng si comel ni? Yang pasti mereka bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun yang sama. Group ini telah didominasi oleh geng HIMAWARI...!!! Apa-apa pun congrats untuk Diah dan Saiful atas kelahiran cahaya mata pertama pada 23 Disember 2007.

Himawari bernama Filzah


Shin Chan bernama Iman


Himawari bernama Saiyidatul Husna

Wednesday, December 12, 2007

Memori Lama (Part 3)

Gambar raya tahun 1986... mak oii.. spek besor gabak!
(muka arwah persis kak long...)


Berkain pelikat pun sibuk main pasir... hohoho...


Peluk erat tin coklat... tak nak bagi orang... hehehe...

Tuesday, December 4, 2007

Selingan...

Selingan gambar. Ada juga terdapat segelintir yang masuk wad hanya untuk bergambar... hehehehe...

Gamaknya lepas musim haji nanti baru la dapat operate ye. Sian... Tertangguh lagi..

Memori Lama (Part 2)

Raya tahun bila ntah... kelihatan JM menjadi kenderaan utama..


kat bilik tidur.. sekarang dah jadi bilik bacaan...


Gambor ni dah janji ngan kakak nak masukkan...so masukkan je lah..

Saturday, December 1, 2007

Memori Lama (Part 1)

Seperti yang dijanjikan, beberapa keping gambar yang dapat mengenang kembali memori lama yang tersimpan selama ini. Walaupun ianya manis mahupun pahit, ianya tetap kekal dalam ingatan kita. Entri berbentuk gambar-gambar lama ni akan dimasukkan secara berperingkat.

anak sapa la ni...


alah...alah...rajinnya ngaji...


sungguh bergaya.... hehehe...

Thursday, November 29, 2007

Happy Birthday Awok...

Tanggal 28 November 2007, genaplah umur awok (Nadim) 25 tahun. Dah besar rupanya dia. Hehehe... kakak telah membelikan kek sebagai suka-suka. Disertakan gambar potong kek dan gambar masa dia nak mengusik si Filzah. Layan ye..

uih...macam sedap je kek tu.. nak sket wok..

boleh tahan mengusik anak-anak sedara...

ni apa punya posing daaa....

Periboso Jowo

Takkan Jawa luput di kalangan anak-anak Hj. Saleh. Hahaha... Mari kita belajar sikit peribahasa Jawa ni. Lepas ni boleh la speaking dengan ayah.. Hehehe...

Pakulinan iku kodrat sing kapindho.
  • Jika seseorang dah terbiasa buat sesuatu itu, dia akan melakukannya secara automatik.

Ajining diri songko lathi, ajining rogo songko busono.
  • Cara berbicara dan cara berpakaian selalunya dijadikan asas pemberian penghormatan kepada seseorang.

Mangan ora mangan ngumpul
  • Susah dan senang ditanggung bersama-sama.

Sugih tanpa bandha, digdaya tanpa aji, nglurug tanpa bala, menang tanpa ngasorake.
  • Budi pekerti yang tinggi itu lebih baik daripada harta dan kesaktian apapun. Orang yang berbudi pekerti tinggi akan menang tanpa merendahkan lawan, dan berani membela kebenaran.

Ngono ya ngono nanging aja ngono
[Begitu ya begitu tapi jangan begitu]
  • Keseimbangan mengawal emosi dan perilaku scara baik, harmonis dan tidak menimbulkan kekacauan.

Tuna satak bathi sanak.
  • Lebih baik rugi wang daripada kehilangan teman

Mikul dhuwur, mendem jero.
[mendukung setinggi-tingginya, membenamkan sedalam-dalamnya]
  • Menghormati pemimpin-pemimpin, kenang yang baik-baik saja dari mereka, lupakan hal-hal yang buruk.





kredit kat blackpurple

Saturday, November 17, 2007

Hari Ini 20 Tahun Yang Lalu...

"……..Allahuakbar! Astaghfirullah…… ". Aku meraup muka yang basah dengan peluh…

"Ha! Mengigaulah tu!???" Dengus Yati, rakan sebilikku…

"Aku dah kata, jangan tidur waktu senja, nanti mengigau… kau degil!" leternya sambil bersiap untuk ke surau….

"Kau nak pergi tak ni? Kalau nak pergi sama, lekas bersiap!" Marahnya lagi. Aku lantas bersiap untuk ke surau…

"Eh!? Aku dah mandi, kan???"

"Ya Allah! Budak ni, belum jaga lagi ke? Sudah lah, kau dah mandi tadi… Lekas, dah nak azan ni."

Aku masih terbayang-bayang mimpi tadi, meremang bulu romaku… Apa alamatnya ni? Waktu prep berlalu begitu pantas.

"Weeeeee….." bunyi siren menandakan waktu prep telah tamat. Aku dan rakan-rakanku bergegas untuk pulang ke asrama dan minum malam… Fikiranku masih dihantui mimpi tadi… Aku berlari-lari mendapatkan Salinaz, adik angkatku untuk menceritakan tentang mimpi tadi…

"Akak penat sangat agaknya tadi, itulah sebabnya mimpi yang bukan-bukan" komen Salinaz.

Salinaz, anak kelahiran Kedah, satu-satunya orang yang begitu memahamiku, tempat aku curahkan semua masalahku. Tetapi aku tidak dapat mencari jawapannya. Mimpiku kali ini lain sekali rasanya… Malam itu aku bermimpi lagi…

"Za! Za! Kenapa kau ni? Mengigau lagi? Dah! Bangun, dah subuh…" Yati mengejutku pagi itu. Aku bergegas ke bilik air…

Jam menunjukkan 7.30 pagi, senaman pagi berjalan seperti biasa, diketuai oleh Nafisah, rakan sebilikku yang seorang lagi. Nafisah, exco Badan Wakil Pelajar, orang penting maktab. Namun hatiku masih bergolak. Pagi itu aku rasakan lain daripada pagi yang pernah aku lalui.

"Awat hang ni? Lain macam saja pagi ni?" Che Na menegurku pagi itu di kelas.

"Entahlah, aku rasa tak sedap hatilah." Rakan-rakan lain memandangku, menunggu jawapan.

"Jangan dilayan sangat perasaan kau tu, …. Homework dah siap?" sampuk Marina, Penolong Ketua Seksyen kami yang dedikasi.

"Sudah…"

Waktu pembelajaran berlalu begitu hambar…. Kira-kira jam 11.00 pagi, ketika itu Cikgu Aris sedang mengajar Bahasa Melayu, fikiranku masih dihanyutkan oleh mimpiku semalam… Tiba-tiba pintu kelasku diketuk, muncul Cik Zuria, Kaunselor maktab.

"Cikgu, boleh saya jumpa sekejap?".

Tidak lama kemudian, Cikgu Aris menghampiriku.

"Norza, Kaunselor nak jumpa."

Kaunselor nak jumpa aku??? Apa aku dah buat??? Aku bukan bermasalah, tidak pula mencetuskan masalah di maktab… pelbagai persoalan bermain di benakku..

"Norza, your uncle is here, he will take you home.."

Cik Zulia tidak dapat meneruskan kata-katanya… Nak bawa aku balik? Kenapa?

"Would you come with me?..." Sambungnya lagi.

Aku melangkah longlai bersamanya ke bilik kaunseling. Di sana bapa saudaraku sudah sedia menunggu...

"Pak Idon, kenapa ni?" aku bertanya, kebingungan.

"Kita kena balik, ada kemalangan di rumah... Cepat bersiap". bapa saudaraku menjelaskan.

Berderau darahku mendengar berita itu. Siapa yang kemalangan? Bagaimana keadaannya? Namun, aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata, hanya mengikut sahaja arahan bapa saudaraku.

"Terima kasih, cikgu". Bapa saudaraku memohon diri.

Bapa saudaraku merupakan seorang pegawai polis yang bertugas di Jitra, Kedah. Perjalanan pulang malam itu kurasakan tidak berpenghujung.

"Dah sampai…"

Bapa saudaraku mematikan enjin keretanya. Aku membuka mata... Ini Hospital Kuala Lumpur, bukan rumahku di kampung.

"Kita nak tengok siapa ni?" tanyaku.

"Adik…"

"Adik???" tanyaku lagi, keliru.

Aku mengekori bapa saudaraku memasuki bangunan hospital dan terus ke ICU. Di sana kulihat ibu dan bapaku. Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tiada kata-kata mampu untukku luahkan apabila melihat adikku terbaring tidak berdaya, dengan wayar menyeliputi tubuhnya. Kulihat kulitnya habis terkoyak daripada pinggang ke atas. Ada cebisan kulit berkumpul di hujung jarinya. Lututku menggigil, aku rasa seperti hendak pitam.

"Ajah kemalangan semalam. Terkena api. Doktor kata peluangnnya 50-50."

Ibuku cuba menjelaskan padaku dengan genangan air mata. Ayah sudah tidak berdaya berkata-kata.

"Ajah tidak putus-putus memanggil kakak sepanjang perjalanan kemari. Sebab itu mak suruh Pak Idon panggil kakak balik" jelas ibuku.

Malam itu aku tidur di kaki lima hospital. Aku dihantui mimpi itu lagi…

"Kakak! Kakak! Ajah dah sedar…" ibuku memanggilku. Aku melihat jam, 5.30 pagi…

Aku mengekori ibuku masuk ke ICU, kulihat ramai jururawat di sekeliling katil Ajah. Aku menghampirinya.

"Ajah, kakak ni." sapaku pada Ajah.

"Kakak, terbakar… Ajah terbakar, sakit!" katanya terketar-ketar…

"Sabar Ajah, Kakak ada di sini. Ajah sabar ya! Doa banyak-banyak…" kataku menyabarkan Ajah…

Esoknya Ajah di pindahkan ke wad biasa, aku pula terpaksa pulang ke asrama. Sebelum berangkat, aku menziarahi Ajah lagi.

"Ajah, kakak dah nak balik asrama. Ajah kuatkan semangat ya, biar cepat sembuh…" Ku harap, kata-kataku itu dapat memberi semangat pada Ajah…

"Kak, buatkan air Milo…" kata Ajah dengan linangan air mata.

Aku membancuh air Milo dan menyuapkannya ke mulut Ajah menggunakan straw. Air mataku mengalir dengan derasnya…

Seminggu berlalu, aku menerima surat dari ibuku.

"Ajah dah boleh gerakkan tangan, dah boleh bernafas sendiri tanpa topeng oksigen, dah boleh makan" cerita ibuku di dalam suratnya.

Aku hampir melompat kegembiraan.

Pulang dari game petang itu, aku dihampiri Cik Rohana, warden asrama.

"Norza, ada orang nak jumpa di dewan makan." katanya.

"Siapa pula kali ini???" bisik hatiku.

Sekarang waktu makan malam. Aku memang hendak ke dewan makan bersama Yati, Noor dan Nafisah, rakan-rakan sebilikku.

Dari jauh kulihat Pak Idon, bapa saudaraku sedang menunggu bersama keluarganya.

"Eh! Mimpi apa petang-petang datang ni?" tanyaku.

"Kita balik sekarang… Cepat bersiap." katanya ringkas sekali.

Ketika itu dapat kurasakan darahku kering, mukaku kebas. Hatiku berdebar… Ajah???
Sekali lagi aku melalui perjalanan yang panjang…

Jam menunjukkan 7.30 pagi, aku melihat sekeliling. Pekan Simpang Lima. Dari jauh dapat kulihat ramai saudara maraku keluar dari rumah masing-masing dengan pakaian putih. Air mataku mula bergenang. Namun aku sudah bersedia walau apapun yang berlaku.

Perlahan-lahan kereta bapa saudaraku membelok ke rumah, kulihat telah ramai orang berkumpul. Ada juga yang datang dengan memikul papan. Kulihat ayah bangun dan menuruni tangga seperti tidak sabar menyambut kepulanganku. Apabila aku turun dari kereta, ayah tidak dapat menahan sebak lalu menangis terisak-isak.

"Kakak, Ajah… dah tak ada."

Ayah rebah.

Aku memapah ayah ke dalam. Di dalam rumah, ibuku sudah terjelepuk di lantai. Aku mendapatkan ibu.

"Mak..." semua orang menangis melihat keadaanku.

"Sabar kakak, tak baik menangis begitu"

Aku gagahkan diri, melangkah ke dalam bilik. Semua adik-adikku ada di situ. Di atas katil, terbujur jenazah arwah Ajah, kaku...

Ajah telah tiada, adikku telah pergi…. Menemui Ilahi…. Pergi ketika aku bergelut menghadapi SPM…

Semoga Allah cucuri rahmat dan kasih sayang-Nya untuk...
Arwah NAZRAH BINTI MOHD. SALEH
24 Ogos 1986



Nukilan,

NZ
MRSM Perlis, 1985/86

Wednesday, November 14, 2007

Warnai kehidupan anda...

Saje nak letak gambar yang boleh membuatkan kita tersenyum. Tidak kira samada wajah yang kita lihat itu merupakan wajah yang membuatkan kita ketawa, senyum, geram, rasa macam nak cubit dan sebagainya. Namun wajah-wajah itu yang telah mewarnai kehidupan kita selama mereka wujud dalam kita meniti usia ini. Bagi yang tak termasuk tu, mak bapaknya jangan pulak berkecil hati ye...


ceria

Harapnya semua telah terhibur dengan paparan di atas. Insya Allah kalau ada masa, yang lain-lain akan menyusul. Hehehe...

Sunday, November 11, 2007

Abang ke Tashkent...

Baru-baru (eh..betul ke eja ni?...baru ke baharu?...) ni abang telah ke Tashkent, salah satu wilayah negara Uzbekistan atas suatu urusan yang tidak dinyatakan. Sempat la bergambar di tempat-tempat yang menarik di sekitar Tashkent tu. Salah satunya ialah kompleks agama di Hazrati Imam Square atau juga dikenali sebagai Hast Imam. Kalau tak silap tempat tersebut diilhamkan sendiri oleh Presiden Uzbekistan iaitu Islam Karimov sempena sambutan Hari Kemerdekaan Uzbekistan. Memang cantik pemandangan dia. So, layan kan...

Awat perut yang lebih maju ke depan..?? Hehehe...

Pandangan sisi...Cantik kan...?

Nampak je macam panas...padahal sejuk ni...

Friday, November 9, 2007

Ke rumah kak tuyah...

Sori sebab tiada gambar disertakan untuk entri kali ni.

Kesempatan cuti Deepavali telah membuatkan nanai mempunyai rancangan untuk pergi ke rumah kak tuyah dan kak pah. Namun, perancangan tu tidak terlaksana semuanya disebabkan kak pah terpaksa membatalkan program nanai itu atas urusan tertentu di KL. Hanya terlaksana program berhari raya ke rumah kak tuyah saja. Ital juga berkesempatan untuk ikut keluarga nanai ke sana. Diah terpaksa membatalkan hasrat untuk turut serta disebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan sebagai persiapan 'labour day'. Kebetulan abg sahak masa tu sedang berada di Residence Hotel untuk menanda kertas Kimia matrikulasi, nanai pergi menjemput dia dulu sebelum pergi menjemput ital di rumah sewanya di Seri Kembangan.

Lokasi di Desa Pinggiran Putra di Putrajaya (eh...Putrajaya ke Sepang?) menyebabkan kitorang meronda-ronda hampir keseluruhan taman perumahan tu. Huhuhu... Agak sukar untuk mencari alamat Jalan 4A/6 seperti yang diberi. Untuk bertanyakan lokasi sebenar rumah kak tuyah, nanai telah menghubungi abang kerana keluarga abang telah sampai sebelum ni ke sana namun disebabkan masalah rangkaian komunikasi, abg dan kak zek tidak dapat dihubungi. Sakan beraya ye...Hehehe..

Setibanya di sana kelihatan abg idris dah mula nak start enjin kereta bertujuan untuk mencari kitorang yang telah sesat di perumahan tu. Menurutnya memang ramai orang yang selalu tersesat jalan apabila masuk ke perumahan tu. Nanai kagum melihat hiasan, rekabentuk dan susun atur barang dalam rumah tu. Hidangan yang disediakan ialah kuih-kuih raya dan mi rebus. Topik utama perbualan berkaitan politik la sambil diselitkan dengan topik-topik lain. Siapa yang tak kenal dengan abg idris tu.

Lepak di sana hingga pukul 5.30 petang. Nanai terpaksa hantar ital dulu sebelum menghantar abg sahak ke hotel semula. Persoalannya... Berdasarkan cerita di atas, siapakah yang drive kereta? Nanai atau abg sahak? Hehehe...

Tuesday, November 6, 2007

Raya 2007...extended (part 2)

Tertinggal satu lagi gambar. Baru dapat email dari aim untuk masukkan gambar keluarganya ke dalam blog ni. Mungkin ada betulnya cakap diah aritu. Tema baju raya tahun ni memang merah agaknya? Atau secara kebetulan saja? Hmm...tak taulah..

Gambar keluarga aim. Raya 2007...

Gambar keluarga siapa lagi yang belum dimasukkan ke dalam blog ni? Ooo..gambar keluarga abang belum lagi. Kalau nak dimuatkan ke dalam blog ini, sila-sila lah hantar melalui email ye.

Monday, November 5, 2007

Raya 2007...extended

Lama juga nak tunggu gambar-gambar diekstrak dari kamera nanai. Gara-gara ketiadaan card reader. Boleh ke terima alasan tu? Boleh juga... Hehehe...Sori terlupa nak belikan. Tapi sebelum tu nak siarkan satu gambar yang menarik perhatian ital sejak akhir-akhir ni.

Kesian juga. Ital pernah juga merasa keadaan bila company lambat bayar gaji. Semuanya disebabkan oleh client yang tak lepaskan payment untuk sesuatu projek. Sori la diah...nak bantu pun belum mampu buat masa sekarang. Apa yang mampu, cuma dapat share masalah kat sini.

Ok, sekarang tiba masa untuk dipersembahkan gambar raya yang diekstrak dari kamera nanai.

Gambar di pagi 1 Syawal 1428 bersama mak dan ayah...

Terpaksa masukkan 2 gambar disebabkan guna khidmat 2 orang tukang ambil gambar yang bergilir...

Gambar keluarga nanai...

Ada pulak yang 'menebeng' kat tepi tu...

Bibik nanai pun nak bergambar? Nak lepaskan rindu kat anak di Indonesia? Layan je la...

Oklah...sekarang tiba masanya untuk sesi di dalam rumah pulak. Biasalah...sesi bermaaf-maafan sambil bagi duit raya.

Siapalah yang ambil gambar ni?..Penat tau control...

Awok ni biasalah...tunggu duit raya...

"Iqbal ni dah salam nenek ke belum...?"

"Ada ke patut bagi duit raya kat tangga...?"

Abg.Amin, Abg.Sahak dan awok ni ape kes? Tunggu 2nd round nak makan ke? Hehehe...

Kakak dan Najwa...siapa yang control ayu ni...?

"Empat jejaka bujang...jangan cemburu ye..."

"Control poyo la...hahaha..."

Mentong kali ketiga di pagi raya...hohoho...

Tuesday, October 30, 2007

Koleksi Gambar Raya 2007...

Nampaknya telah ramai yang ternanti-nanti gambar raya yang digembar-gemburkan sebelum ini. Akhirnya dapat juga dari aim. Sori la terlambat sikit nak masukkan entri berkaitan gambar-gambar ni. Huhuhu... Maka dengan ini dipersembahkan...

Sebelum keluar beraya ke rumah pertama...

Destinasi pertama semestinya di rumah wak empuk @ jalan johor...

Kelihatan awok yang tak sabar menunggu untuk makan...heheh..

Wah..ni borak dengan tuan rumah ke borak sesama sendiri ni..?

Alamak...perut sape la yang enterframe nih..??

Destinasi kedua di rumah wak pe'ah @ pt. hj. ibrahim..

E'eh..siap yang buat lawak tu nanai? Wak Pe'ah ke?

Dah lama betul takde kuih jelumba...huhuhu..

Destinasi ketiga...rumah mak ngah @ pt. hj. ibrahim...

Semua mendengar celoteh mak ngah...

Celoteh panjang sampai nadar mengantuk...heheh..

Destinasi keempat...rumah kakak @ pt. mohamad...

Pandangan dari amben...

Casa impian ke ni..??

Gambar ni?..Motif?..Berjiwa seni je yang faham..

Destinasi kelima...rumah mak wan @ seri sulong...

Meriahnye..buat ape tu acip?

Destinasi keenam...rumah nenek ijah @ pt. samak

Tengok ape tu kak zek?..sambil nadar sedang mengayat awek..heheh..

Anak lela ke tu...?? Hani macam nak adik je..

Kelihatan masing-masing dah penat sampaikan air pun tak larat nak minum...

Destinasi ketujuh...rumah mak elah @ lorong zamrud

Kepenatan mak elah melayan kerenah kitorang tergambar..heheh..

Mana dia Haji Kasim?

Hari berikutnya..destinasi kelapan..rumah mak anjang @ yong peng

Aduh..kak cik..penat ye?

Kimi ni memang pantang diacukan kamera...

Destinasi kesembilan..rumah pak long @ Ayer Hitam

Menttong...?

Kelihatan awok tersandar kekenyangan...hohoho..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More