Pada 6 Disember ini akan bermulalah satu kembara tahunan ke Sumatera sebagai kesinambungan Rehlah yang diadakan pada tahun-tahun terdahulu. Ia juga secara tidak formal dikenali sebagai "Threadstone Project" dikalangan warga anaksaleh. Setelah perancangan dibuat dengan mengambil kira cuti yang perlu diperuntukkan oleh peserta yang terlibat, rehlah kali ini akan memakan masa lebih kurang 10 hari disebabkan perjalanan ke destinasi yang dituju akan memakan masa 2 hari. Peserta yang bakal mengambil bahagian pada kali ini agak ramai dan dijangkakan lebih banyak aktiviti misi kemanusiaan akan dapat dibereskan disana. Perjalanan yang bakal dilalui sebagaimana peta yang dilampirkan. Semoga perjalanan kami sentiasa dalam lindungan rahmat , keselamatan dan mendapat keberkatan dari Allah.
