Madrasah Diniyah Darul Istiqomah

Parit No.17, Desa Senyerang, Jambi Indonesia. Ingin turut sama menyumbang dalam pembinaan madrasah tersebut? Hubungi hamdolok_jr2001@yahoo.com.sg. Maklumat lanjut sila klik di sini.

Anjung Tamu

Located near Parit Raja town center, this homestay gives you an unforgetable experience with your family. Kindly contact +6013-7779700 (Hj. Amin) / +6013-7229700 (Hjh. Norza). Click here.

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Monday, December 12, 2011

TBS atau TBB ?

Kita sudah sedia maklum akan istilah TBS iaitu Terminal Bersepadu Selatan. Namun, ada istilah baru yang ingin dikongsikan iaitu TBB. TBB membawa maksud Terminal Bersepadu Barat. Haha. Mengapa? Sebab lokasinya berada di arah barat teratak Haji Saleh.


Operasi pecah tanah telah lama dilakukan. Namun, pembinaan baru sahaja dimulakan oleh kontraktor yang telah dilantik mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama.


Pembinaan ini bertujuan untuk membangunkan satu lot rumah pekerja, satu lot stor, beserta beberapa lot parking kereta yang dikhaskan untuk "warga anak saleh" <-- termasuk menantu-menantu dan cucu-cicit ye...

Mengapa dinamakan terminal? Sebab ianya bakal menempatkan kereta-kereta "warga anak saleh" KAMI ULANG.. WARGA ANAK SALEH!! apabila berada di sini. Jumlah lot parking kereta yang bakal dibina terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan 'pihak luar' mengeksploitasi lantas akan hadir kereta-kereta keluarga luar untuk 'menumpang' selama-lamanya di sini.

Jadi, sekiranya ada 'pihak luar' yang terbaca entri ini, faham-faham saja la untuk menyampaikannya (secara berhikmah) kepada pihak yang berkenaan. Berani la 'menumpang' di residensi kami lagi. Tak gerun dengan wajah di bawah? Hehe.


dan ini


Projek Terminal Bersepadu Barat ( TBB ) ini belum dapat dijangka tarikh siapnya. Namun, diharapkan ianya dapat disiapkan sebelum Mac 2012. Kita akan tunggu sama-sama.


Lawatan ke tapak projek pada 12 Disember 2011 mendapati kerja-kerja pembinaan masih mengikut jadual yang telah ditetapkan. Anggaran kos sebenar masih belum dapat ditentukan kerana ianya bergantung pada nilai semasa bahan mentah yang bakal dibeli.


Mudah-mudahan projek ini dapat memberi impak yang positif kepada seluruh "warga anak saleh" ke arah pembentukan yayasan yang diwar-warkan.


Memandangkan pembinaan ini melibatkan sebuah lot rumah pekerja, sudah semestinya ia dilengkapi dengan bilik tidur dan dapur (lokasi seperti yang ditunjukkan). Apa yang pasti tandas untuk terminal ini berada di luar premis.


Pembinaan Projek Terminal Bersepadu Barat ini telah mengakibatkan kehilangan sebahagian besar kawasan penanaman bunga kantan. Mungkin selepas ini perlu difikirkan tempat penanaman yang baru bagi menggantikan tempat yang lama. Bunga kantan mahal beb! Hehe.

Thursday, October 27, 2011

Rehlah anaksaleh ke Senyerang 2011

Berikut adalah gambar-gambar akitviti rehlah anaksaleh ke Senyerang. Walaupun rehlah kali ini tidak dapat disertai oleh aim@anaksaleh sebagai akibat kekangan tugas, tetapi rehlah kali ini telah disertai oleh nadhar@anaksaleh sebagai ahli pengganti.

Papan tanda Madrasah yang sama-sama kami usahakan


Anak-anak SD sedang beraktivitas



Alhamdulillah, semakin ramai yang menyertai


Rumah Jajuli (markaz utama)






Semoga lebih ramai dapat menyertai untuk tahun-tahun akan datang...

Friday, September 23, 2011

Kemalangan

Suatu kemalangan yang melibatkan komuniti Anak Saleh yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan telah berlaku sejurus selepas umat Islam menunaikan solat fardhu Jumaat. Berikut merupakan butiran yang sempat disediakan.

Lokasi kejadian : Persimpangan INTI College, Nilai
Pemandu : Puan Zawiah
Keadaan : Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kereta Toyota Vios yang terlibat sama

Tuesday, September 20, 2011

Ditelan mati emak, diluah mati bapak...


Deretan kereta yang diletak didalam garaj, 3 daripadanya bukan tuan rumah punya. Tuan rumah kena letak kereta diluar garaj. 2 kereta dihujung itu sudah lebih 2 tahun tidak bergerak dari kedudukan asal. Rancangannya, dalam masa 2 bulan jika tidak dituntut oleh tuan punya, kedua-duanya akan discrapkan sama ada dikebun belakang atau dihantar ke pusat recycle. Kereta ke-3 bakal dikeluarkan dari garaj agar kereta lain boleh diletak didalam (komuniti anaksaleh). Tertakluk kepada dapatan mesyuarat komuniti anaksaleh.
Jika dipandang secara sudut politiknya, ini merupakan suatu penjajahan kawasan dimana pribumi dinafikan haknya oleh "orang luar".

p/s: pos ini pasti mendapat pelbagai reaksi hangat dari pembaca..

Sunday, September 11, 2011

Berziarah dan Berjalan

Seperti biasa rutin setiap tahun selepas tamat puasa enam, mak dan ayah akan merancang untuk menziarahi beberapa saudara mara terdekat. Kali ni tiga rumah telah diziarahi. Rumah Pak Long, rumah adik Arwah Wak Lalid & rumah Wak Mat. Pantai Rekreasi Punggor telah disinggah dalam perjalanan pulang.

Haji Saliman @ Wak Mat di Simpang Renggam


Mencuba kerusi urut di rumah Wak Mat


Mengabadikan kenangan di tepi laut Punggor


Bersantai bersama pengunjung lain


Antara pengunjung lain yang menghabiskan masa hujung minggu

Saturday, September 10, 2011

Persoalan Tentang Puasa Enam Syawwal

Soalan: Dr. Asri, saya ingin bertanya tentang puasa enam pada Bulan Syawwal. Sejauh manakah kekuatan amalan tersebut? Apakah kita patut puasa selepas hari raya atau mana-mana hari pada Bulan Syawwal? Semasa saya balik kampong, saya berpuasa pada hari raya kedua, isteri saya pula meminta saya berbuka untuk meraikan keluarga yang jarang berjumpa supaya dapat makan bersama. Saya rasa berat sebab kawan-kawan ramai yang terus berpuasa selepas raya. Niat saya hendak beraya puasa enam bersama mereka. Boleh Dr Asri jelaskan apa pilihan terbaik untuk saya?

Razlan, KL.

Jawapan Dr MAZA: Selamat Hari Raya TaqabbalLah Minna wa Minkum (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu). Sebenarnya, persoalan yang hampir sama pernah saya jawab dalam lama web saya (drmaza.com). Di sini saya detilkan lagi. Tahniah juga kepada saudara penanya yang berusaha menjaga amalan sunnat.

1. Asas kepada amalan puasa enam hari pada Bulan Syawwal ini ialah sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

2. Berdasarkan hadis di atas jelas bahawa puasa enam hari pada Bulan Syawwal adalah sunat. Walaupun al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H) menganggap makruh puasa enam hari pada Bulan Syawwal, namun pendapat tersebut dianggap tidak kuat. Dalam al-Muwatta riwayat al-Imam Malik bin Anas disebutkan:

“Malik berpendapat mengenai puasa enam hari selepas Idil Fitri bahawa beliau tidak pernah melihat ilmuwan dan ahli fekah melakukan puasa tersebut. Tidak sampai kepadanya apa-apa riwayat daripada ulama salaf mengenai hal itu. Ilmuwan memakruhkan puasa tersebut. Mereka bimbang kebidahannya. Bimbang golongan jahil mengaitkannya dengan Ramadan”. (al-Muwatta’, 1/330 –bil: 857. Beirut: Muassasah al-Risalah).

Maksudnya, beliau menyatakan makruh sebab beliau tidak melihat ahli ilmuwan di Madinah ketika itu mengamalkannya dan bimbang puasa tersebut dianggap wajib oleh mereka yang jahil. Adapun riwayat hadis di atas yang menggalakkan puasa enam hari Syawwal dianggap tidak kukuh disebabkan rawi Sa’d bin Sa’id bin Qais adalah masalah hafalan maka dianggap tidak kuat jika dia bersendirian (infirad) dalam riwayat. Di samping itu al-Imam Malik mengukurnya dengan amalan ilmuwan Madinah pada zamannya yang beliau dapati tidak mengamalkannya.

3. Namun hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadis. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadis ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. Ketika mengulas kenyataan al-Imam Malik yang melihat tiada ilmuwan pada zamannya mengamalkan puasa enam tersebut, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) berkata:

“Apabila sunnah itu telah sabit, maka ia tidak ditinggalkan hanya kerana ia tidak diamalkan oleh sebahagian, atau kebanyakan atau semua orang sekalipun” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 8/238, Beirut: Dar al-Khair).

Maksud al-Imam al-Nawawi, kita tidak patut meninggalkan sesuatu sunnah Nabi s.a.w hanya kerana melihat orang lain tidak mengamalkannya sedangkan ia telah terbukti sahih riwayat tersebut di sisi ilmuwan hadis dan tiada nas sahih lain yang boleh menolak amalan tersebut. Inilah pendirian sepatutnya terhadap sunnah-sunnah Nabi s.a.w. Jika para ulama di Madinah pada masa al-Imam Malik bin Anas yang ketika masih ramai tabi’in dan sarjana-sarjana besar tidak dijadikan hujah bagi menolak amalan sunnah, apakah kita hari ini kita menolak sesuatu hadis hanya kerana orang Malaysia tidak mengamalkannya, atau ulama Malaysia tidak mengamalkanya? Sudah pasti itu dilakukan, maka terhapuskan banyak sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

4. Berasaskan hadis ini maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara; pertama, berpuasa pada bulan Ramadan. Kedua, berpuasa enam hari pada Bulan Syawwal. Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya, jika dia hanya berpuasa Ramadan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadan, maka dia juga tidak memperolehi fadilat ini.

5. Berdasarkan aturan ungkapan dalam hadis ini, maka yang terbaik seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunai keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.

6. Terdapat perbezaan dalam kalangan ulama; apakah afdal ditunai puasa enam hari pada bulan Syawwal itu sebaik sahaja selepas hari raya secara berturut-turut, atau mana-mana enam hari pada bulan Syawwal itu sama sahaja. Pendapat Mazhab Ahmad samada ditunaikan berturut-turut atau tidak adalah sama sahaja. Pendapat Mazhab Hanafi dan Syafi’i: Afdalnya berturut-turut selepas hariraya (lihat: Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah 1/380, Beirut: Dar al-Fikr).

7. Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘kemudian dia susulinya’, namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa enam hari tersebut dalam bulan Syawwal sekalipun bukan berturut-turut selepas hari raya. Kata al-Imam al-Nawawi:

“Afdalnya dilakukan puasa enam hari berturut selepas hari raya. Jika dilewatkan sehingga akhir Syawwal tetap mendapat fadilat ‘disusuli enam hari’ kerana ia menyusuli enam hari dalam bulan Syawwal” (Syarh Sahih Muslim, 8/238).

8. Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi ketika menjawab persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu berturut-turut selepas hari raya atau tidak, berkata:

“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

9. Oleh kerana hari-hari puasa enam Syawwal itu ada pilihan, sementara kadang-kadang waktu kemeriahan keluarga itu sukar diperolehi melainkan seperti pertemuan semasa cuti hari raya ini, maka eloklah seseorang tidak berpuasa sunat pada hari kaum keluarga atau sahabat handai menjamu selera. Dia boleh berpuasa pada hari-hari lain yang masih berbaki. Puasa sunnat digalakkan, namun menjaga hubungan silaturrahim dan perasaan kaum keluarga juga amat penting. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w, daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya:

“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!). Jelas, baginda tidak menggalakkan berpuasa jika ada jamuan demi menjaga perasaan sahabat handai. Maka menjaga perasaan kaum keluarga lebih utama.

10. Tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Tiada juga ibadat khusus hari raya puasa enam Syawwal seperti ‘solat tasbih hariraya puasa enam’ yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).

Solat tasbih jika hendak dilakukan, jangan dikaitkan dengan hariraya puasa enam atau sebagainya.

di petik daripada web Dr.MAZA

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 2011

Ramadhan tiba juga dibatas perpisahan
air mata ku gugur saatku lambai ia di lembayung senja
harapan bercampur ragu ku selit dalam setiap doa
mohon diterima amalan biar terkumpul segala rahmat
di Lailatul Qadar, malam terbaik seribu bulan.

Senja yang berlabuh pun terus mengamit Syawal
bibirku tak kering menyebut kalimah memujimu
takbir dari hamba-hambaMU bergema seluruh semesta
tak puas lagi aku sujud menyembah padaMu Ya Allah!!
dengan limpah izinMu, Syawal ku peluk dengan syukur.

Ramadhan yang pergi dan Syawal yang tiba
Ku nikmatimu dengan penuh takwa dan keinsafan


Seperti biasa pasti ada yang merajuk di pagi hari


Sebahagian ahli keluarga yang dapat berkumpul pada pagi 1 Syawal 1432H


Riang gembira menyambut Hari Raya


Sambil menanti tetamu yang akan hadir


Sebahagian cucu yang meraikan 1 Syawal di teratak ayahbonda


Bersalam-salaman menjadi tradisi di pagi Syawal


Kehadiran Umairah Adawiyah pada Hari Raya kali ini pastinya memberikan kegembiraan kepada semua terutamanya ibu dan bapanya


Abang Iman yang sayangkan adiknya


Sebelum berhari raya di Muar


Tak ketinggalan juga

Friday, June 10, 2011

Family day - Anak Saleh Family 2011



Tarikh: 28 - 30 May 2011


Tempat: Sari Mawar Chalet, Teluk Sari, Penyabong, Mersing.


Untuk gambar-gambar sepanjang family day, sila
klik disini.

p/s: dah bersawang dah weh....

Sunday, February 27, 2011

Rindu akhirat....

Banyak kisah tentang kerinduan. Rindu anak kepada orang tuanya yang sedang berada di kampung, atau sebaliknya rindu orang tua terhadap anaknya yang sedang dalam perantauan di negeri seberang. Ketika rasa rindu itu datang, pastinya kita akan selalu teringat akan apa yang kita rindukan.

Seorang anak yang rindu terhadap orangtuanya di kampung, ia akan berusaha mengumpulkan bekal untuk biaya pulang dan untuk membawa oleh-oleh yang terbaik untuk orangtuanya. Begitupun orang tua yang merindukan anaknya di perantauan, ia akan mempersiapkan apa saja kesukaan anaknya untuk menyambut kedatangannya ketika kabar berita kedatangan anaknya itu didengarnya.

Kisah rindu diatas adalah kisah rindu anak terhadap orangtuanya dan rindu orangtua terhadap anaknya. Lain halnya dengan kisah rindu antara dua orang kekasih yang sedang jatuh cinta. Dalam segala kondisi mereka selalu ingat terhadap kekasihnya, ketika sedang makan, minum, berjalan, duduk bahkan ketika sedang tidurpun teringat kekasihnya sampai-sampai terbawa mimpi.

Seperti itulah rindu ketika datang menghampiri. Kita akan selalu ingat terhadap apa yang kita rindukan. Rindu kampung halaman, rindu orangtua, rindu anak, rindu kekasih, dan rindu-rindu yang lainnya. Tetapi bagi orang beriman kerinduan yang harus ada adalah kerinduan terhadap kampung akhirat, rindu tempat dimana kita akan hidup selama-lamanya disana kelak.

Rindu akan kampung akhirat berarti kita senantiasa teringat kepada pemiliknya yaitu Allahu Rabbul ’Alamin, pencipta segala apa yang ada di jagat raya kehidupan, jagat raya kehidupan dunia dan akhirat. Rindu itu tercermin dari apa yang dilakukannya ketika di dunia ini untuk senantiasa ingat kepada-Nya.

Banyak kisah hamba beriman yang mencerminkan kerinduan akan kampung akhirat, yang dilakukannya senantiasa ingat kepada Allah SWT. Seperti kisah pengembala pada zaman Khalifah Umar Bin Khattab ra. Pada saat itu Abdullah bin Dinar dan Umar Bin Khattab ra. sedang dalam perjalanan menuju Makkah, di tengah perjalanan mereka beristirahat. Tiba-tiba muncul seorang pengembala menuruni lereng gunung dan melewati mereka berdua. Umar kemudian bertanya kepada pengembala itu: ”Hai Pengembala, juallah seekor kambingmu kepada saya?”. ”Tidak, saya ini seorang budak”, jawab pengembala itu. ”katakan saja kepada tuanmu bahwa dombanya di terkam serigala”, Umar menguji. Dengan tegas pengembala itu berkata: ”Kalau begitu, dimana Allah SWT?”.

Ketika mendengar jawaban pengembala itu Umar bin Khattab ra. menangis. Kemudian Umar pergi bersama pengembala tersebut menemui tuannya, untuk dimerdekakannya. Dan umar pun seraya berkata: ”Kamu telah dimerdekakan di dunia ini oleh ucapanmu dan semoga ucapan itu bisa memerdekakanmu di akhirat kelak”.

Kisah lainnya adalah kisah ibu dan putrinya penjual susu yang juga terjadi pada zaman Khalifah Umar bin khattab ra. Ketika ibunya ingin mencampur susu yang akan dijualnya dengan air, supaya mendapatkan keuntungan yang lebih banyak, putrinya mengingatkan: ”Bagaimana jika Amirul Mukminin Umar bin Khattab ra. mengetahui?”. Sang Ibu tidak menghiraukan nasihat dari anaknya dan bersihkeras melaksanakan keinginannya itu. Dan putrinya pun kembali menasihati: ”Kalaupun Amirul Mukminin tidak melihat kita tetapi Rabb Amirul Mukminin melihat kita”.

Begitulah apa yang dilakukan oleh orang yang ada kerinduan dalam dirinya akan akhirat, mereka senantiasa ingat kepada Allah SWT. Selalu berusaha untuk menjauhi perbuatan-perbuatan dosa baik dalam keramaian ataupun dalam kesendiriannya. Kita mengenal hal itu dengan istilah Muroqobatullah atau merasakan pengawasan Allah SWT, yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat dan yang tidak pernah mengantuk dan juga tidur.

”…dan Dia bersama kamu di mama saja kamu berada. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.” (Qs. Al Hadiid:4)

”Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Qs. Al Baqarah:255)

Dengan sifat Muroqobatullah itu kita akan senantiasa ingat kepada-Nya. Dan orang-orang yang rindu akan kampung akhirat, sifat ini akan selalu dipelihara. Tentunya Muroqabatullah ini akan mengangkat derajat seorang hamba menjadi orang-orang yang Taqwa. Karena sebagaimana didefinisikan oleh sebagian ulama Taqwa adalah hendaklah Allah tidak melihat kamu berada dalam larangan-larangan-Nya dan tidak kehilangan kamu dalam perintah-perintah-Nya. Definisi Taqwa lainnya adalah mencegah diri dari adzab Allah dengan berbuat amal sholeh dan takut kepada-Nya dikala sepi atau terang-terangan.

Dan Taqwa adalah jalan untuk meraih kebahagian di kampung akhirat sana, yaitu syurga yang mengalir dididalamnya sungai-sungai. Sungguh begitu damai terasa kampung akhirat yang bernama syurga itu. Semoga kita kelak ada diantara hamba yang berada didalamnya. Amin… Ya Rabbal ’Alamin…

”Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang taqwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai didalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Qs. Ar Ra’d:35)

Wallahu a’lam bishshawab


Artikel ini ditulis oleh Addy Kuswoyo. Link ke sumber artikel adalah http://warnaislam.com/rubrik/renungan/ 2009/8/7/3600/Rindu_Akan_Kampung_Akhirat.htm

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More