Madrasah Diniyah Darul Istiqomah

Parit No.17, Desa Senyerang, Jambi Indonesia. Ingin turut sama menyumbang dalam pembinaan madrasah tersebut? Hubungi hamdolok_jr2001@yahoo.com.sg. Maklumat lanjut sila klik di sini.

Anjung Tamu

Located near Parit Raja town center, this homestay gives you an unforgetable experience with your family. Kindly contact +6013-7779700 (Hj. Amin) / +6013-7229700 (Hjh. Norza). Click here.

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Wednesday, December 22, 2010

Family Day 2010

Pada 18 Disember 2010 telah diadakan acara tahunan bagi famili anak-anak Saleh iaitu Family Day. Kebiasaannya diadakan di luar lingkungan Batu Pahat. Namun pada kali ini, program ini telah dipersetujui sebulat suara untuk diadakan di persekitaran rumah sahaja.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini. Antaranya ialah BBQ, perkhemahan dan berkelah di Wetworld Batu Pahat. Namun aktiviti berkelah di Wetworld terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir disebabkan masalah kesihatan yang dialami oleh sebahagian daripada ahli keluarga anak-anak Saleh.

Berikut antara coretan aktiviti bergambar di sekitar program yang dijalankan.







p/s: co-moderator yang lain kalau nak tambah, amat dialu-alukan...

Friday, December 3, 2010

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Wednesday, September 29, 2010

Aidilfitri 1431 (part 1)


Disekitar sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431. Bersempena dengan ini, kami warga komuniti anaksaleh memohon kemaafan jika ada kesilapan dan menyinggung sesiapa yang melayari blog ini secara sengaja atau tidak. Photoshoot kali ini dilakukan didalam rumah kerana hujan yang mencurah-curah turun tidak membolehkan kami berposing sakan diluar.

Anak seng lanang


Anak seng Wedhok

Cikgu Norza dan Cikgu Amin

Family Prof. Madya Dr. Norman & Ustazah Zawiah

Family Cikgu Naida & Prof. Madya Dr. Ishak

Family Nazim & Zainon

Family Cikgu Nadiah & Ustaz Saiful

Yang masih bujang (still available): Nadhar, Nassif, Nadim & Cikgu Nizar


Sunday, July 18, 2010

Dari batu ke kayu...

Idea untuk melakukan renovation di bilik mak & ayah ketika ayah masih di wad Hospital Putra. Mungkin dah lama difikirkan agaknya. Disini antara gambar-gambar semasa renovation sedang berjalan.

Dinding dah siap di lapis. (tinggal ruang untuk wiring)


Kerja-kerja memasang "talipinggang"


Kelihatan wayar berjuntai menunjukkan sedang dalam proses wiring.


Wiring dilakukan semasa pekerja memasang "talipinggang" (tangga ada satu jer..)


Wiring dah siap dalam masa yang ditetapkan dalam kontrak.
Sesi testing. Downlight berfungsi dengan baik.



Saturday, April 3, 2010

Projek Blackbriar


Kehadiran perkakas terbaru di rumah membuatkan mak dan ayah terkedu. Menangis. Tidak tertahan menahan sebak tidak terkata.

"Terharu aku lus.. Kenapa la aku dapat anak-anak sebaik ni..." ucap ayah perlahan sambil menyeka air matanya daripada jatuh.

"Mak baru je sebut-sebut nak beli peti sejuk baru. Mak nak guna duit KWSG mak. Tak sangka anak-anak yang belikan" tambah mak.

Mak menyapu air mata yang gugur ke pipi.

"Alhamdulillah" ucap ayah dalam hati.

Mak bergegas mengambil handphone di bilik. Terus mengucapkan terima kasih kepada anak-anak yang telah menyumbang.

Monday, March 8, 2010

Inikah Kita Di Hadapan Allah?


"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman - http://www.zaharuddin.net

Monday, January 25, 2010

Iklan...


Umum telah mengetahui bahawa Kembara kami di bumi Jambi pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya adalah untuk membantu nasib keluarga disana. Cara terbaik untuk membantu mereka adalah melalui pendidikan agama. "Iqamah ad- Deen wa siyasat ad-Dunya bihi" (mendirikan agama dan mentadbiri dunia dgn agama). Maka dengan itulah tertegaknya Madrasah Darul Istiqomah bermatlamat agar dapat memberikan pendidikan asas dan kesedaran kepada masyarakat. Semuanya ini sangat memerlukan dana yang besar untuk mempastikan segala urusan pentadbiran dan pengurusan berjalan dengan lancar.
Makanya, lebih banyak modal/dana yang dibawa oleh "pemegang amanah" untuk dibawa kesana akan lebih banyak aktiviti boleh dilakukan disana. Segalanya didahulukan dengan Jazakallahu khairan kathira.....


Saturday, January 9, 2010

Jurnal Kembara Bumi Jambi (pt.4: episod akhir)

Suasana pagi yang nyaman. Macam dalam Taman Negara.

Keesokan harinya (hari sabtu) tiada apa yang kami lakukan memandangkan malam ini kami mengadakan majlis kenduri tahlil. Segala perbelanjaan seperti biasa diserah kepada Karni untuk diuruskan. Pak Sambit ke stor penyimpanan padi untuk mengisar padi, Karni ke pasar untuk membeli belanja. Kami akan ke pasar parit 10 keesokan hari.

Baca selanjutnya, sila klik disini...


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More