Madrasah Diniyah Darul Istiqomah

Parit No.17, Desa Senyerang, Jambi Indonesia. Ingin turut sama menyumbang dalam pembinaan madrasah tersebut? Hubungi hamdolok_jr2001@yahoo.com.sg. Maklumat lanjut sila klik di sini.

Anjung Tamu

Located near Parit Raja town center, this homestay gives you an unforgetable experience with your family. Kindly contact +6013-7779700 (Hj. Amin) / +6013-7229700 (Hjh. Norza). Click here.

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Monday, December 1, 2008

Lirik lagu yang berkumandang...


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Saturday, November 29, 2008

Happy Birthday Awok..

Selamat hari jadi kepada Nadim Bin Mohd Saleh a.k.a Awok yang ke 26 tahun. Mak masak mi bandung sebab Awok ada sebut-sebut nak makan mi bandung. Hehehe.. Tengahari sikit kakak pun sampai sambil bawak kek hari jadi.

Kek yang dibeli kakak untuk birthday Awok tahun ini.

Wednesday, November 19, 2008

Rehlah anak saleh ke Sumatera

Baru-baru ni ayah telah pergi menziarahi saudara-mara yang masih tinggal di Sumatera, Indonesia. Maklum sajalah kami warga anak saleh ni sememangnya berasal dari kepulauan di sana. Aim telah mengikuti ayah untuk menjejaki saudara-mara yang tinggal di sana sambil membawa pelbagai misi. Pelbagai cerita yang menarik telah dikongsi oleh Aim melalui blognya. Rentetan peristiwa sepanjang berada di sana telah dicatat oleh Aim selaku pengiring ayah sepanjang berada di sana. Di sini diselitkan beberapa keping gambar peristiwa yang berlaku di sana.

Rumah Sarinten (sepupu ayah)

Ojek yang jatuh ke dalam lumpur

Perjalanan ke rumah Jajuli

Deretan Oblek (macam dalam cerita Soleha)

Untuk mendapatkan ceritanya, sila lawati blog aim.

Maklum sajalah kami warga anak saleh ni sememangnya berasal dari kepulauan di sana.
**Pembetulan fakta: Warga anak saleh sememangnya anak jati Malaysia. Buyut (moyang) kami telah berhijrah ke kepulauan di sana dan membuka perkampungan. Maka, kami mempunyai saudara-mara di sana.

Sunday, October 26, 2008

Penjenamaan semula..??

Tak tau nak letak tajuk ape untuk entri kali ni. Sekadar nak kongsi beberapa gambar yang mungkin dianggap biasa oleh kebanyakan orang tapi ianya amat bernilai bagi kami.

Kolah yang menempatkan air takungan hujan satu ketika dulu...

Bangsal yang mampu menempatkan alat-alat perkebunan ayah termasuk kereta sorong kini telah dipindahkan ke tempat lain...

Motor yang amat berjasa bagi kami sekeluarga kini telah dipindahkan ke tempat lain setelah tersadai di bawah bangsal begitu lama...

Mengapa tiba-tiba je diletakkan gambar-gambar seperti ini? Nantikan entri-entri tentangnya hanya di anaksaleh.blogspot.com....

Monday, October 20, 2008

Raya 2008 (Edisi Ketiga)

Ni ada gambar lagi sekitar perayaan Aidilfitri di Parit Sulong. Tertinggal nak upload aritu. Fail besor sebab tu kena tunggu line. Heheh..

Wah..wah.. nyambil nunggu dayoh..?? Hahaha..

Wednesday, October 15, 2008

Raya 2008 (Edisi Kedua)

Nampaknya semakin meriah semula blog ANAK SALEH ni dengan kemasukan entri-entri terbaru. Maaf disebabkan kekangan waktu lagi maka blog ini tak dapat di update selalu walaupun telah dilantik 2 orang moderator terbaru. Huhuhu...

Entri kali ini masih lagi berkisarkan tentang Raya 2008 walaupun masing-masing telah sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing termasuklah yang sedang menghadapai peperiksaan. Huhuhu... Terlalu banyak hendak dikongsikan gambar-gambar di sini. Tetapi hanya yang termampu adalah seperti di bawah (macam soalan exam pulak..):

Tak lengkap kalau tak bergambar bersama famili masing-masing. Tu dia tema warna tahun ni untuk famili abang...

Famili Aim dengan warna tema tahun ini. Kelihatan Kimi yang menunjukkan simbolik tanda kemananan dunia.. Hehehe...

Keluarga diah dengan ahli terbaru dalam famili Anak Saleh...

Bujangan la.. sape lagi...

Seperti raya tahun-tahun sudah, takkan keluar kemana-mana kami sekeluarga selagi kumpulan ini tak datang beraya ke rumah kami. Rombongan yang datang dari Simpang Renggam ni adalah keluarga Haji Saliman iaitu abang kepada mak.

Ni ler rumah pertama yang diserbu awal pagi. Rumah Pak Yon (adik kepada ayah) yang baru digabung menjadi satu. Tak faham dengan ayat tu? Tanya kat visitor bernama annie tu.. Heheh..

Destinasi kedua pulak ke rumah Mak Anjang (adik kpd ayah jugak) di Yong Peng..

Destinasi ke3 ke Ayer Hitam iaitu rumah Pak Long (abg kpd ayah)

Eh, sape plak ni...?? Hahaha...

Seterusnya giliran kami menyerbu ke rumah Wak Mat (abg kepada mak) kat Simpang Renggam.. Kelihatan Timb. Pengarah IPIS khusyuk memberi motivasi kepada guru dan bakal guru.. hahaha...

Sunday, October 5, 2008

Raya 2008 (Edisi Pertama)

Baru-baru ni ada yang beri komen membina terhadap blog ni. Sepatutnya blog ini lebih berkonsepkan penceritaan sedikit bukan sekadar gambar-gambar semata. Betul jugak. Kalau sekadar gambar je, baik letak dalam fotopages atau facebook. Oklah..

Sebelum terlupa adalah lebih elok didahului dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Ingin dikongsikan beberapa gambar terbaru keluarga Haji Saleh dan Hajjah Tuminah sekitar perayaan Aidilfitri tahun 1429H ni. Gambar di bawah masih lagi tak lengkap sebab famili nanai kali ni menyambut hening 1 Syawal di Muar.

Ni ler gambor terbaru keluarga Haji Saleh dan Hajjah Tuminah..
(Famili nanai tidak kelihatan di sini)

Tapi jangan sedih dan rasa terpinggir pulak. Gambar raya famili nanai tetap ditayangkan di sini. Heheheh...

Wah.. sepet mata masing-masing...

Ok...sejurus sebelum sesi bergambar, biasanya kami akan adakan sesi maaf bermaafan. Dimulakan dengan mak, anak yang sulung ke yang bongsu, menantu yang sulung ke seterusnya dan cucu-cucu.

Mak tengah nangis ke tuh..?? Hihihi..

Sajer la kakak tuh nak cover muka nanges..hoho..

Ape entah yang Hani tengok kat Ayah Ngah dia tu..

Kelihatan Awok yang tak sabar nak salam duit raya... hehe..

Alah bucuk...bucuk...bucuk...

Hoho..menyalahgunakan elaun kpli..

Eh..eh..amek duit raya dari tangan mak??

Dah keje bleh hulur-hulur barang seratus dua...

Waah..Aim just miss that shot...

Dan di bawah ini gabungan gambar-gambar sekadar memenuhi entri Edisi Pertama. Macam-macam ragam boleh dilihat la. Hehehe..

Jap ler...orang belum sempat posing lagi...

Gunakan colgate kayu sugi macam upin & ipin...

Mari mengumpul duit raya....hahaha...

Friday, August 8, 2008

Ulangtahun Perkahwinan Mak Ayah Ke 40

Disekitar sambutan ulangtahun perkahwinan Emak dan Ayah yang ke 40. Gambar dan video sekadar yang ada sahaja...




Kalau nak tengok video lengkap, boleh tengok kat blog aim di sini.

Sedih je tak dapat join.. Huhuhu...

Sunday, July 13, 2008

Jeng...jeng...jeng... tiba masanya...

Cameron (part 3)





Jeng...jeng...jeng... tiba masanya...

Cameron (part 2)





Sunday, June 22, 2008

Jeng...jeng...jeng... tiba masanya...

Cameron (part 1)

Mak oii... berbulan lamanya tak update blog ni. Dengan perasaan geram bercampur puas hati dengan entri kali ini. Kenapa? Geram disebabkan internet connection maktab yang membuatkan semua guru pelatih menyumpah seranah. Puas hati disebabkan dapat juga update entri yang ditunggu-tunggu ini. So, layan...

Gambar-gambar ni dimasukkan hanya sebahagian dulu. Selebihnya akan dimasukkan secara berperingkat.







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More