Blog ini merupakan suatu blog yang mengisahkan tentang aktiviti-aktiviti yang berlaku di persekitaran keluarga Haji Mohd Saleh Bin Aurip dan Hajah Tuminah Binti Hj. Nor. Kami terdiri daripada sembilan orang adik-beradik iaitu Norza, Norman, Naida, Nazim, Nadiah, Nizar, Nadim, Nadhar dan Nassif. Pelbagai peristiwa yang berlaku di kalangan kami akan cuba kami catatkan di sini agar kenangan manis dapat dikongsi bersama manakala kenangan pahit dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Ini juga merupakan suatu usaha merekodkan perjalanan kehidupan kami sekeluarga khas untuk tatapan generasi akan datang yang bakal meneruskan legasi Keluarga Haji Mohd Saleh dan Hajah Tuminah yang lebih dikenali sebagai "Anak Saleh".
