Madrasah ini telah didaftarkan dibawah Direktorat Jenderal Pendidikan Islam, Departemen Agama Republik Indonesia. Dibawah kelompok Madrasah Diniyah. Dengan bernombor pendaftaran 41215040303 di Desa Senyerang, Kecamatan Pengabuan, Provinsi Jambi. Walaupun begitu didalam ada sedikit kesilapan pada alamat iaitu sepatutnya Parit VII sepertimana alamat Sekolah Dasar (SD) yang berdekatan dengan madrasah. Bagaimanapun, ia hanya sedikit kesilapan berbanding tuntutan kewajiban pendidikan agama pada masyarakat sekitarnya terutama generasi anak-anak sebagai pewaris agama masa hadapan.
Senarai lengkap pendaftaran boleh didownload di sini
Sumber: Direktorat Jenderal Pendidikan Islam, Departemen Agama Republik Indonesia

1 comments:
Hasil dari penyelidikan yang dibuat pada rehlah kali kedua, bahawa alamat madrasah "Parit 17" itu adalah betul.
Post a Comment