Madrasah Diniyah Darul Istiqomah

Parit No.17, Desa Senyerang, Jambi Indonesia. Ingin turut sama menyumbang dalam pembinaan madrasah tersebut? Hubungi hamdolok_jr2001@yahoo.com.sg. Maklumat lanjut sila klik di sini.

Anjung Tamu

Located near Parit Raja town center, this homestay gives you an unforgetable experience with your family. Kindly contact +6013-7779700 (Hj. Amin) / +6013-7229700 (Hjh. Norza). Click here.

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Monday, April 2, 2012

Selamat Datang Ahli Baru

Selamat datang kepada Norasikin Binti Khalid ke dalam warga Anak Saleh setelah sah diijab kabul menjadi isteri kepada nadhar@anakSALEH pada 9 Mac 2012. Semoga dapat menyesuaikan diri dengan cepat dalam budaya dan tradisi Anak Saleh.

Monday, December 12, 2011

TBS atau TBB ?

Kita sudah sedia maklum akan istilah TBS iaitu Terminal Bersepadu Selatan. Namun, ada istilah baru yang ingin dikongsikan iaitu TBB. TBB membawa maksud Terminal Bersepadu Barat. Haha. Mengapa? Sebab lokasinya berada di arah barat teratak Haji Saleh.


Operasi pecah tanah telah lama dilakukan. Namun, pembinaan baru sahaja dimulakan oleh kontraktor yang telah dilantik mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama.


Pembinaan ini bertujuan untuk membangunkan satu lot rumah pekerja, satu lot stor, beserta beberapa lot parking kereta yang dikhaskan untuk "warga anak saleh" <-- termasuk menantu-menantu dan cucu-cicit ye...

Mengapa dinamakan terminal? Sebab ianya bakal menempatkan kereta-kereta "warga anak saleh" KAMI ULANG.. WARGA ANAK SALEH!! apabila berada di sini. Jumlah lot parking kereta yang bakal dibina terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan 'pihak luar' mengeksploitasi lantas akan hadir kereta-kereta keluarga luar untuk 'menumpang' selama-lamanya di sini.

Jadi, sekiranya ada 'pihak luar' yang terbaca entri ini, faham-faham saja la untuk menyampaikannya (secara berhikmah) kepada pihak yang berkenaan. Berani la 'menumpang' di residensi kami lagi. Tak gerun dengan wajah di bawah? Hehe.


dan ini


Projek Terminal Bersepadu Barat ( TBB ) ini belum dapat dijangka tarikh siapnya. Namun, diharapkan ianya dapat disiapkan sebelum Mac 2012. Kita akan tunggu sama-sama.


Lawatan ke tapak projek pada 12 Disember 2011 mendapati kerja-kerja pembinaan masih mengikut jadual yang telah ditetapkan. Anggaran kos sebenar masih belum dapat ditentukan kerana ianya bergantung pada nilai semasa bahan mentah yang bakal dibeli.


Mudah-mudahan projek ini dapat memberi impak yang positif kepada seluruh "warga anak saleh" ke arah pembentukan yayasan yang diwar-warkan.


Memandangkan pembinaan ini melibatkan sebuah lot rumah pekerja, sudah semestinya ia dilengkapi dengan bilik tidur dan dapur (lokasi seperti yang ditunjukkan). Apa yang pasti tandas untuk terminal ini berada di luar premis.


Pembinaan Projek Terminal Bersepadu Barat ini telah mengakibatkan kehilangan sebahagian besar kawasan penanaman bunga kantan. Mungkin selepas ini perlu difikirkan tempat penanaman yang baru bagi menggantikan tempat yang lama. Bunga kantan mahal beb! Hehe.

Thursday, October 27, 2011

Rehlah anaksaleh ke Senyerang 2011

Berikut adalah gambar-gambar akitviti rehlah anaksaleh ke Senyerang. Walaupun rehlah kali ini tidak dapat disertai oleh aim@anaksaleh sebagai akibat kekangan tugas, tetapi rehlah kali ini telah disertai oleh nadhar@anaksaleh sebagai ahli pengganti.

Papan tanda Madrasah yang sama-sama kami usahakan


Anak-anak SD sedang beraktivitas



Alhamdulillah, semakin ramai yang menyertai


Rumah Jajuli (markaz utama)






Semoga lebih ramai dapat menyertai untuk tahun-tahun akan datang...

Friday, September 23, 2011

Kemalangan

Suatu kemalangan yang melibatkan komuniti Anak Saleh yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan telah berlaku sejurus selepas umat Islam menunaikan solat fardhu Jumaat. Berikut merupakan butiran yang sempat disediakan.

Lokasi kejadian : Persimpangan INTI College, Nilai
Pemandu : Puan Zawiah
Keadaan : Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kereta Toyota Vios yang terlibat sama

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More