Madrasah Diniyah Darul Istiqomah

Parit No.17, Desa Senyerang, Jambi Indonesia. Ingin turut sama menyumbang dalam pembinaan madrasah tersebut? Hubungi hamdolok_jr2001@yahoo.com.sg. Maklumat lanjut sila klik di sini.

Anjung Tamu

Located near Parit Raja town center, this homestay gives you an unforgetable experience with your family. Kindly contact +6013-7779700 (Hj. Amin) / +6013-7229700 (Hjh. Norza). Click here.

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Ruang Iklan

Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi admin di nizar.msaleh@gmail.com

Saturday, October 1, 2016

Update kedua tahun 2016

Update kedua untuk tahun 2016.

Hari ini 1 Oktober 2016. Selepas 6 bulan tak update blog.

Aktiviti hari ini, selesai mengupgrade PC kat rumah dari sistem berasaskan Pentium 4 dengan 2GB RAM kepada sistem berasaskan Intel Core2Duo 3 GHZ dengan 4GB RAM. Laju lah sikit. Punyalah outdated sistem lama tu sampai keyboard pun dah kong, power supply pun kena ganti. Kini, PC dah settle. Untuk memberi kemudahan kepada para admin mengupdate blog ni. Jadi, rajin-rajinkanlah update blog ni...Takyah bawak laptop, pakai je PC ni.




Walaupun nampak burok, tapi boleh tahan la setakat nak surf internet, save gambar dan update blog.




Selain tu, budak2 yang baru abis periksa UPSR kami biarkan bermain pingpong sesama sepupu... Mainlah nak sampai lebam...



*bola training baru

Sunday, April 10, 2016

MIni Rehlah Anak Saleh 2015 (Video)



Saturday, July 25, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H


Kami, warga AnakSaleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin diatas segala kesilapan perbuatan dan tuturkata kepada semua. 

Semoga segala amalan disepanjang Ramadhan tahun ini diterima oleh Allah dan mendapat keberkatan.

** Ni je yang ada tahun ni, yang lain kena giliran beraya rumah mertua masing-masing.

Sunday, November 2, 2014

Rehlah Darul Naim Anak-Anak Saleh 2013 part 2

Maaf sebab dah bersawang baru nak sambung cerita belum ada kesudahan ni. Ceritanya pun sudah ingat2 lupa.. Jangan marah haaa..nanti kena jual...haha.. Ok2.. sambung cerita...

Pada 25 November 2013, perancangan kami adalah ke Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang di mana ianya terletak kira-kira 40 kilometer dari Kota Bahru. Rantau Panjang ni bersempadan dengan Thailand. Pekan Rantau Panjang dihubungkan dengan Pekan Sungai Kolok yg terletak di Thailand  melalui Jambatan Harmoni yang merentasi Sungai Golok.

Sempadan Thailand


Menjadi kemestian bagi pengunjung apabila berada di Kelantan untuk ke destinasi ini kerana menurut mereka barang - barang di sini banyak pilihan dan harganya sudah pasti sangat berpatutan kerana ianya zon bebas cukai. Antara barangan yang selalu pengunjung cari ialah pakaian, bakul anyam, periuk belanga, bunga-bungaan, perhiasan rumah, toto dan lain-lain lagi. Kebiasaan mereka adalah peniaga. 

 Pada mulanya, penulis tertinggal daripada ahli kumpulan yang lain kerana kereta kami agak ter ke belakang. Sesampainya kami di sini kami tidak tahu ke mana arah yang sepatutnya kami tuju dan kami berkira-kira untuk meneruskan pemanduan. Alamak!!! Dah masuk Thailand tanpa ada siapa yang periksa!! Bertuahnya badan.. masuk negara orang tanpa passport. Haha. 

Di bawah ini adalah sebahagian daripada barang-barang jualan yang boleh didapati di Rantau Panjang atau lebih dikenali dengan nama Syurga Membeli Belah bagi kaum wanita. wakaka..
 
Borong baju anak-anak le apa lagi..

Bantal dan toto murah. Periuk pun murah juga kat sini

Segala macam jenis makanan


Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Masjid Kampung Laut. Masjid ini merupakan masjid tertua wujud di Kelantan dan antara yang tertua di Nusantara. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat, di pinggir sungai Kelantan. Namun dipindahkan ke sini kerana sebahagian besar tapak tanahnya telah runtuh ke dalam sungai akibat banjir pada tahun 1967.






Dalam perjalanan ke pulang ke homestay, kami singgah solat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam.

Sama tema dengan masjid. kikiki






Pada keesokkan hari (26 November 2013) sebelum berangkat pulang, kami mengambil peluang menikmati 100 jenis menu sarapan di Kopitiam Kita. Betul dan benar. Terdapat pelbagai jenis menu sarapan disediakan di sini. Cuma bilangannya 100 tu tak pasti benar atau sekadar penambah perisa oleh penulis. Ngeh ngeh...
Nasi kerabu, Nasi lauk Air Dingin (ada 2 jenis ikan dan ayam), Nasi dagang, Nasi wakaf baru, Roti Titab dan lain-lain lagi.

Pelbagai jenis nasi

Tengok tu. Gambar artis dan orang kenamaan yang pernah sampai ke sini

Ni namanya roti titab. Pekena plak dengan kopi O panas. Perghh..








Usai sahaja bersarapan, kami kembali ke homestay untuk berehat-rehat dan berkemas untuk pulang. Yeah!! Mungkinkah kita akan kembali lagi ke sini bersama-sama atau mungkin semakin bertambah ahlinya? Doakan semuanya baik-baik saja supaya kita terus dapat berjumpa dan berkumpul di lain masa dan mungkin di lain tempat pula.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More