Sori sebab tiada gambar disertakan untuk entri kali ni.
Kesempatan cuti Deepavali telah membuatkan nanai mempunyai rancangan untuk pergi ke rumah kak tuyah dan kak pah. Namun, perancangan tu tidak terlaksana semuanya disebabkan kak pah terpaksa membatalkan program nanai itu atas urusan tertentu di KL. Hanya terlaksana program berhari raya ke rumah kak tuyah saja. Ital juga berkesempatan untuk ikut keluarga nanai ke sana. Diah terpaksa membatalkan hasrat untuk turut serta disebabkan banyak perkara yang perlu diselesaikan sebagai persiapan 'labour day'. Kebetulan abg sahak masa tu sedang berada di Residence Hotel untuk menanda kertas Kimia matrikulasi, nanai pergi menjemput dia dulu sebelum pergi menjemput ital di rumah sewanya di Seri Kembangan.
Lokasi di Desa Pinggiran Putra di Putrajaya (eh...Putrajaya ke Sepang?) menyebabkan kitorang meronda-ronda hampir keseluruhan taman perumahan tu. Huhuhu... Agak sukar untuk mencari alamat Jalan 4A/6 seperti yang diberi. Untuk bertanyakan lokasi sebenar rumah kak tuyah, nanai telah menghubungi abang kerana keluarga abang telah sampai sebelum ni ke sana namun disebabkan masalah rangkaian komunikasi, abg dan kak zek tidak dapat dihubungi. Sakan beraya ye...Hehehe..
Setibanya di sana kelihatan abg idris dah mula nak start enjin kereta bertujuan untuk mencari kitorang yang telah sesat di perumahan tu. Menurutnya memang ramai orang yang selalu tersesat jalan apabila masuk ke perumahan tu. Nanai kagum melihat hiasan, rekabentuk dan susun atur barang dalam rumah tu. Hidangan yang disediakan ialah kuih-kuih raya dan mi rebus. Topik utama perbualan berkaitan politik la sambil diselitkan dengan topik-topik lain. Siapa yang tak kenal dengan abg idris tu.
Lepak di sana hingga pukul 5.30 petang. Nanai terpaksa hantar ital dulu sebelum menghantar abg sahak ke hotel semula. Persoalannya... Berdasarkan cerita di atas, siapakah yang drive kereta? Nanai atau abg sahak? Hehehe...

0 comments:
Post a Comment