Hari ni 23 Januari 2008 genap umur ayah 69 tahun. Abang telah menghadiahkan sebuah handphone sempena birthday ayah menggantikan handphone yang dibeli mak sempena birthday ayah tahun lepas. Berdasarkan perbualan dengan ayah melalui handphone barunya tu, mak telah masak ala-ala raya sempena menyambut birthday ayah hari ni. Lontong, udang masak sweet sour, sambal goreng, dan lain lain lagi. Buat kecur je ayah cerita. Hehehehe... Walaupun kita tak sambut bersama-sama dengan ayah, apa yang perlu kita sama-sama buat ialah mendoakan dirinya agar sentiasa sihat untuk dapat terus memperbanyakkan ibadat. Itulah harapan ayah. Insya Allah..

0 comments:
Post a Comment