Sunday, October 21, 2007

Berhari Raya di Kampung Baru

Semalam satu rombongan atas tujuan untuk berhari raya di Kampung Baru, Kuala Lumpur telah dirancang oleh keluarga abang dan keluarga nanai. Penulis tak tau pun perancangan ni. Huhuhu... Destinasi? Siapa lagi? Sudah semestinya rumah mak nanin. Tujuan utama untuk menziarah cucu pertama mak nanin yang baru lahir pada 11 Oktober 2007 yang lepas (2 hari sebelum hari raya).

Harapan untuk jumpa mak nanin hampa kerana mak nanin tiada di rumah kerana menghadiri jemputan tahlil (eh..ke marhaban?) di rumah orang. Yang tinggal hanya pakcik majid dan si ibu (iwa dan suami kot). Gambar baby tersebut tidak tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab tertentu. (Tu ler...apsal tak ajak. Kan tak dapat snap gambar baby yang comel tu...hehehe..).

Hari ini penulis singgah ke rumah nanai untuk tujuan berhari raya sambil memulangkan perodua kancil yang dipinjam nadhar untuk tujuan pulang berhari raya di kampung tempoh hari. Memandangkan cuti hujung minggu, nanai bercadang untuk memasak lauk yang best-best supaya tetamu yang hadir dapat dihidang dengan juadah selain daripada biskut raya dan kerepek yang lazim dijamu kepada tetamu. Hidangan istimewa ialah ayam masak bistik, kuah lodeh, daging masak muor (tak penah dengar pun menu ni, ni first time rasa) dan nasi himpit berserta air ribena (teringat kat iklan raya di tv). Dengar-dengar mak nina nak singgah rumah berhari raya. Harap-harapnya betullah tu.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More