1 Syawal 1428H yang lalu merupakan tarikh kebesaran bagi seluruh umat Islam. Tarikh tersebut telah jatuh pada hari Sabtu bersamaan dengan 13 Oktober 2007. Seperti kebiasaan, sambutan Aidilfitri bagi keluarga Cikgu Saleh dan Cikgu Tuminah disambut secara sederhana tetapi meriah. Namun, pada tahun ini sudah tiba masa bagi ahli yang telah berkahwin untuk menyambut Aidilfitri di rumah mertua masing-masing.
Segala persiapan telah diatur dengan teliti oleh 'mastermind' iaitu emak untuk memastikan anak cucu dapat berhari raya dengan gembira. Ini termasuklah penyediaan makanan sebagai hidangan utama di pagi 1 Syawal, kuih-muih untuk tetamu yang datang, pelbagai jenis minuman dan lain-lain lagi.
Uniknya pada pagi Aidilfitri tahun ini ialah kebiasaannya jika giliran anak-anak menyambut Aidilfitri di rumah mertua masing-masing, yang akan tinggal hanyalah adik-beradik yang belum berkahwin. Pada kali ini, kakak dan Abg.Amin serta nanai dan Abg.Ishak sempat meluangkan masa untuk bersama-sama menyambut hening 1 Syawal bersama mak, ayah dan adik-adik yang lain. Kakak pernah juga melakukan perkara yang sama pada sambutan Aidilfitri 1426H yang lalu kerana memikirkan kesunyian mak dan ayah pada pagi hari tersebut. Setelah selesai solat sunat Aidilfitri barulah masing-masing bertolak ke rumah mertua. Yang tinggal hanyalah 4 orang anak lelaki yang masih bujang iaitu ital, awok, nadar dan acip.
Memandangkan adik-beradik yang telah berkahwin akan sampai ke kampung pada hari raya ketiga, maka aktiviti 4 orang anak bujang ini hanyalah tertumpu di rumah sahaja. Tiada perkara yang menarik boleh diperkatakan di sini mengenai aktiviti mereka. Hehehe...
Di kesempatan ini, seluruh warga anaksaleh.blogspot.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini.

0 comments:
Post a Comment