Sunday, May 19, 2013

Darul Muhajirin



Manusia merancang, Allah jua merancang. Sesungguhnya perancangan Allah jua yang terbaik.

Alhamdulillah, segala perancangan dan usaha yang dibuat sedikit demi sedikit akhirnya menampakkan harapan yang baik. Ini adalah bergantung kepada berkat kesabaran, kerjasama erat dan keikhlasan semua yang terlibat dalam merealisasikan impian, perancangan, usaha yang dibuat.

Ia bermula dengan idea ketika kunjungan rombongan "anaksaleh" ke Jambi pada akhir tahun 2009. Sila klik untuk ke halaman ini.

Pembangunannya semata-mata untuk mardhatillah (memperoleh keredhaan Allah). Kami dibumi Malaysia ini dengan penuh pengharapan agar masjid yang dibina dengan asas ketaqwaan, keikhlasan dan kerjasama utuh akan menjadi pusat dakwah, akitiviti masyarakat, penambah erat jalinan persaudaraan Islam dan juga pusat kecemerlangan anak-anak generasi akan datang dikawasan sekitarnya.

Dibina diatas tapak kawasan Madrasah Darul Istiqomah, proses pembinaan telah berjalan hampir 3 tahun kerana ia berasaskan semangat kerjasama gotong royong penduduk setempat. Semoga ia meniti kejayaan mejadi pesantren pusat pengeluaran daie-daie yang ikhlas serta pejuang-pejuang agama memperjuang agama Allah keseluruh alam.

Amin..


Masjid ketika proses pembinaan

Mereka yang bertungkus lumus dalam penubuhan & pembinaan masjid.
"Hanya Allah yang selayaknya membalas keikhlasan usaha kalian"

Pintu masuk


Sudah mula digunakan untuk aktivitas
Sambutan Maulidur Rasul



Ketika kunjungan rombongan kami April 2013 yang lepas







0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More