Monday, April 14, 2014

Rehlah Darul Naim Anak-Anak Saleh 2013



Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi, seperti tahun-tahun sebelum ini, Anak Saleh telah berjaya mengadakan Mini Reunion bagi tahun 2013 iaitu pada 23-26 November 2013 ke negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan. Perjumpaan kali ini dinamakan Mini Reunion adalah kerana tidak semua ahli keluarga termasuk Haji Saleh dan Hjh Tuminah sendiri tidak menyertainya atas sebab-sebab tertentu.



Objektif utama Rehlah Darul Naim ini adalah untuk merapatkan ukhuwah di kalangan kami anak-anak Saleh selain melawati tempat-tempat bersejarah serta tempat-tempat membeli-belah terkenal di sana.

Sepanjang berada di sana, kami telah menginap di sebuah rumah banglo setingkat 3 bilik yang besar dan selesa di Kota Bharu.

Kami memulakan perjalanan dengan menyambut kunjungan ahli dari Johor sehari awal iaitu pada 22 November 2013. Keesokkan hari, kami bergerak dari kediaman masing-masing seawal selepas sarapan pagi.

Kami tiba di destinasi pertama iaitu tempat penginapan kira-kira pukul 4.30 petang.
 
Muka letih menunggu homestay dibuka.

Kereta suami admin tersadai di bengkel ketika dalam perjalanan :'(



 Destinasi kami untuk makan malam, pada mulanya kami ke Kota Ismail Petra untuk menjamu selera. Tapi kedai-kedai makan di situ kebanyakkannya telah ditutup dan akhirnya kami menuju ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Makan malam kami ala kadar sahaja kerana masih dalam mood keletihan.
 
Homestay


Sempat posing sebelum pergi makan.

Bersemangat Awok nak gi makan.

Wajah-wajah ceria walaupun keletihan.


Keesokkan hari iaitu 24 November 2013, golongan bapa mencari sarapan di pasar Siti Khadijah. Tujuannya ingin mencari kuih-muih dan makanan tradisional Kelantan yang boleh didapati di sini.

Of course la.. must try nasi kerabu original from Kelantan.

Tu diaaa....
Seusai sarapan pagi, kami telah melawat ke Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan atau dinamakan Istana Jahar. Seperti namanya, muzium ini menempatkan alat-alat adat istiadat Diraja Kelantan suatu ketika dulu.


Alat istiadat Diraja Kelantan

Syahid, jom taekwando..


Beca yang berada di bawah bangunan muzium
Keris ni sangat besar. Sebesar orang !

Alat tenunan.
Ni tak ingat apa dia. Iwan sedang memusing pedal seperti alat untuk padi.





Oopss..



Selepas ke Muzium, kami mengisi perut di Nasi Ulam Cikgu yang terletak berhampiran dengan Muzium ini. Nasi Ulam ini sangat terkenal seantero Malaysia bila pengunjung mengunjungi Kota Bharu. Sedap dan murah. Memang terbaik lah!.. Cuma tiada siapa pun sempat mengambil gambar kerana masing-masing kelaparan. Hihi..

Tiada bermakna ke Kelantan jika tidak membeli-belah. Selepas mengisi perut, kami berjalan kaki ke bazar Tengku Anis untuk memenuhi gelora di jiwa. (Wakaka..)

Bazar Tengku Anis.

Kak Z sedang menyopping jubah blink2
Waktu petang adalah waktu untuk bersantai-santai. Maka kami memilih untuk bersantai di Pantai Cahay Bulan atau pada masa dahulu ianya lebih dikenali dengan Pantai Cinta Berahi. Tiada aktiviti dilakukan selain makan aiskrim secara berjemaah. KikiKi




Pada malamnya, destinasi wajib bagi kami ialah mengunjungi tempat yang sangat terkenal dengan barangan yang murah harganya (bagi orang yang pandai bertutur dalam dialek Kelantan la..) iaitu Wakaf Che Yeh. Sebelum membeli belah, kami menikmati Char Kue Teaw yang terletak bersebelahan pasar tersebut. Ia juga antara tempat yang termasyhur di Kelantan. Kami adalah pelanggan terawal sampai. Jadi tiada masalah dalam servis penghantaran makanan. Dua pinggan Char Kue Teaw untuk saya sudah semestinya. Heuheuheu...

Ini dia tukang masak Char Kue Teaw.. Terbaiklah bro..



0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More